Tuesday 27 April 2010

PETUA HARI INI [PHI] - PETUA ANAK BERKULIT PUTIH DAN BERSIH

U olls...i kan dah janji nak kasi dua petua hari ini...haaaaa neh satu lagi petua....mungkin ada yang dah pernah dengar pasal petua neh...tapi i olls tetap nak kasi gak...hehehehehe...actually kalau boleh la nak suh la kakak i par i olls tu ikut petua neh...sebab dia nak sangat anak berkulit putih...sampai sanggup menkata we olls (i olls wif hubby) neh bukan putis sangat pun...sungguh heran apabila mendapat anak yang putih...

wawawa u olls...tengoklah fikirannya...hmmm...tak baik tau kata macam tu u olls...jangan sesekali u olls buat macam neh ok...putih ke kuning ke pink ke semua tu ciptaan ALLAH SWT....tak perlu la kita mencari-cari benda yang sukar dimengertikan....haaa kau ayat....ok la u olls layan aja la petua neh ok....kepada bakal-bakal ibu...Selamat Datang ke dunia keibuan dan selamat mencuba petua i olls wokey...

PETUA HARI INI [PHI] - PETUA ANAK BERKULIT PUTIH DAN BERSIH

Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau u olls beli aje senang cerita u olls...Minum la setiap pagi, petang, malam or bila-bila yang u olls suka la. Setelah masuk bulan ke -8 hingga 9 amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaALLAH anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Notajaricomey : untuk menyenangkan proses bersalin nanti dah masuk tujuh bulan tu...kepada hot-hot mama yang masih larat berjalan tuh...banyakkan la berjalan tapi dalam pengawasan u olls punyer hubby or sesiapa ok...kelesssssssss...

PETUA HARI INI [PHI] - MELEGAKAN BATUK

Salam u olls sume...morning...haaaaaaa semalam i olls dah berjanji nak kasi PETUA HARI INI kan...ok u olls janji mesti di tepati ok...kalau tak TUHAN marah tawwww..!!!ok la cakap banyak-banyak pun u olls mesti dah tak sabar nak dengar petua kita kan????

ok petua neh diberi oleh nenek i olls...haaaa...ayah i olls amalkan...i olls amalkan...sampai bos lama i olls pon amalkan....keleeeeeeesssssssssss...yela kalau ubat batuk kan kesan lepas kita makan mesti mengantuk kan...haaaaaaa petua neh takde la kasi side effect camtu...cuma pesanan penaja jangan biarkan perut anda kosong ketika mahu membuat petua ini...

PETUA HARI INI [PHI] - MELEGAKAN BATUK

Ambil 5 biji bawang merah (kecil) kupaskan kulitnya dan ambil 3 batang serai dan kemudian rebus kedua-dua bahan tadi bersama didalam perut dengan sukatan 4 cawan air. Rebus bahan-bahan itu sehingga air rebusan hanya tinggal cukup untuk satu cawan (masa yang di ambil agak lama untuk mendapatkan pati ubat tersebut). Setelah mendapat air rebusan sebanyak 1 cawan biarkan ia sejuk sebentar. Minumlah ketika air itu sudah suam-suam kuku u olls...InsyaALLAH...amalkan 3 hari berturut-turut ia mungkin boleh melegakan batuk anda.

Notajaricomey : air rebusan tuh rasa dia macam berangin-berangin sikit la u olls...sebab tu sebelum minum u olls jangan lupa alas perut a.k.a makan dulu wokey..

Thursday 22 April 2010

PETUA HARI INI [PHI] - MELUNAKKAN SUARA

salam u olls....macam mana hari anda??? hotzz ker??? ahaks.... ya macam biasa...segmen PETUA HARI INI kembali u ollssss...kelesssssssss....hari neh i olls nak kasi petua kepada sesiapa yang teringin menjadi artis a.k.a penyanyi...haa u ollsss....so tanpa melengahkan masa...mari kita cekidaut apa yang u olls boleh lakukan untuk melunakkan suara u olls bak buluh perindu....

PETUA HARI INI [PHI] - MELUNAKKAN SUARA

Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah...*u olls tau kan qari dan qariah tu siapa?? kalau tak tau juga pi cari dekat uncle google..* . Ambil sebijii limau nipis dan perah kan jus limau tersebut ke dalam segelas air suam ye...*suam-suam kuku...ikut u olls la nak suam macam mana* Kemudian campurkan dengan sedikit gula batu dan minumlah ia seperti minuman yang biasa anda minum setiap hari. Sebaik-baiknya amalkan meminum air itu sebelum u olls gosok gigi di pagi hari. InsyaALLAH dengan izinNYA..dapatlah u olls menjadi artis-artis baru yang tumbuh bak cendawan sekarang...kelesssssssssssss....

Notajaricomey : jangan la u olls amalkan minum minuman yang berais dan bergas...tak elok ok...amalkan minum air suam and air masak aje...selain dapat mensedapkan suara u olls...ia menyihatkan badan juga...yela badan kita kan memerlukan banyak air....ok u olls selamat mengamalkan petua i olls....

Wednesday 21 April 2010

PETUA HARI INI [PHI] - MENGHILANGKAN LOYA IBU HAMIL

salam....untuk u olls semua....hehehe ok hari neh i olls nak bagi petua untuk bakal-bakal ibu....maklum la i olls neh memang teringin nak preggy lagi...tapi kena sabar sket la...kasi adriana besar sket...boleh la dia jadi assistant jaga adik dia nanti... *wakakaka berangan ajer..* 

tanpa mengarut dengan lebih lanjut...baiklah kita ke segmen kita hari ini....
PETUA HARI INI [PHI] - MENGHILANGKAN LOYA IBU HAMIL

Ambil segenggam daun kari. Kisarkan sehingga menjadi jus dan campurkan jus tersebut dengan limau nipis serta satu sudu teh gula. Amalkan minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.
Notajaricomey : kepada ibu-ibu hamil yang tidak yakin dengan petua ini...tak apa...cuba cari yang lain...hehehehe i olls neh sekadar menyampaikan ajer....


 

Tuesday 20 April 2010

PETUA HARI INI [PHI] - MELEMBUT DAN MELICINKAN KULIT WAJAH

ye u olls...ingin i olls khabarkan di sini...untuk beberapa ketika i olls ingin melancarkan segmen PETUA HARI INI [PHI]...insyaALLAH...ada petua-petua yang menarik akan i olls akan share dengan u olls semua...hehehehehe...
 
PETUA HARI INI (PHI) - MELEMBUT DAN MELICINKAN KULIT WAJAH
 
ok kak jah..kak senah..mak temah..kak pah semua...kelessssssssss...dah macam host segmen memasak jer....hehehehe ok serius sikit....*

Ambil sedikit susu tepung bayi...*kidnap sket la susu tepung anak-anak anda, adik-adik anda..* campurkan sedikit dengan air dan madu..*pastikan madu lebah yang asli ye tuan-tuan dan puan-puan*  kacau sehingga pekat dan kemudian lumurkan ke wajah dan seluruh badan *ala-ala melulur badan tu..* biarkan selama 5 hingga 10 minit.  Selepas itu bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas NABI sebanyak 3 kali.  Amalkan petua ini selama seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.  INSYAALLAH....
 
Notajaricomey : nak ke SPA macam terlebey sangat duit kena keluar...ish..ish..ish..

Wednesday 14 April 2010

PETUA HARI INI [PHI] - MENGHARUMKAN BADAN YG DAH BAU MACAM SERRR

PETUA 1

Kisar (blend) 15 hingga 20 helai daun pandan.  Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian dan campurkan ke dalam air mandian.  Lakukan sekali dalam seminggu.  Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak.  Jangan lupa gosokkan juga di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum.  Amalkan dan InsyaALLAH moga berhasil usaha anda semua.

PETUA 2

Cincang halus-halus kulit buah oren *pastikan oren/limau yg berkualiti* .  Celurkan kulit limau tadi ke dalam air panas yg sudah mendidih dan biarkan sehingga kuning dan berminyak.  Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi.  InsyaALLAH tubuh akan berasa segar dan berbau harum.

haaaa...sekali bagi petua la pulak olls...aiseh....kelessssssssss...

Notajaricomey: selamat mencuba petua. June dah cuba petua no.2 best....kalo nk lebey tragik sila la guna kulit durian...kelessssssss