Wednesday 14 April 2010

PETUA HARI INI [PHI] - MENGHARUMKAN BADAN YG DAH BAU MACAM SERRR

PETUA 1

Kisar (blend) 15 hingga 20 helai daun pandan.  Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian dan campurkan ke dalam air mandian.  Lakukan sekali dalam seminggu.  Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak.  Jangan lupa gosokkan juga di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum.  Amalkan dan InsyaALLAH moga berhasil usaha anda semua.

PETUA 2

Cincang halus-halus kulit buah oren *pastikan oren/limau yg berkualiti* .  Celurkan kulit limau tadi ke dalam air panas yg sudah mendidih dan biarkan sehingga kuning dan berminyak.  Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi.  InsyaALLAH tubuh akan berasa segar dan berbau harum.

haaaa...sekali bagi petua la pulak olls...aiseh....kelessssssssss...

Notajaricomey: selamat mencuba petua. June dah cuba petua no.2 best....kalo nk lebey tragik sila la guna kulit durian...kelessssssss

No comments:

Post a Comment